Salam...
Korang kenal ka diorang nie sapa? Kalo tak kenal jom kita baca kat bawah nie. Kalo korang baca betul2, diorang ni bukannya Hacker2 jahat pon, contohnya kalo akaun korang kena hack oleh Hacker luar negara korang boleh minta bantuan kat diorang nie untuk dapatkan balik akaun korang.
Jom kita sama2 baca RileksCrew Rulez
1) MOTIF
- Kami bukan suka-suka untuk HACK FB org dan HACK FB org bukanlah hobi kami.
- Kami adalah SECURITY TESTER yg menjalankan kerja-kerja mencari kelemahan I.T di FB
- Kami cuba untuk menyelamatkan FB anda jatuh ke tangan org yg tidak bertanggungjawab
- Kami ingin berkongsi kepada anda ciri keselamatan yg perlu diambil ketika ONLINE.
- Kami bertindak untuk menyedari bertapa tingginya risiko anda mendedahkan terlalu
banyak info peribadi di internet.
- Kami cuba mengekalkan niat untuk membantu anda terus selamat di dunia siber.
2) CARA KAMI
- Kami SECURITY TESTER tidak sesekali menggunakan sebarang SOFTWARE / TOOLS
untuk HACK mana-mana account Facebook. Kami menggunakan method SOCIAL ENGINEERING
bagi mengenalpasti setiap kelemahan yang boleh diperbaiki oleh sipemilik account FB tersebut.
3) PENAFIAN
- Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan
dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.
- Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.
- Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.
- Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.
- Kami tidak ingin untuk memiliki account anda lebih dari 10 hari melainkan tuntutan tidak diterima.
4) Ambil Alih
- Setiap pemilik sebenar account FB yg diambil alih oleh pihak kami boleh dituntut 24jam selepas
pengambilalihan berlaku.
- Setiap tuntutan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.
- Pemilik sebenar account FB boleh menghubungi pihak kami melalui email: rilekscrew [at] yahoo [dot] com
- Pemindahan hak milik kepada pemilik sebenar mungkin dilanjutkan jika beberapa faktor yang tidak
menyenangkan pihak kami diterima seperti MAKI HAMUN, FITNAH, CEMUHAN dan sebagainya.
- Account FB yg tidak dituntut dlm masa 10 hari seterusnya akan diambil alih 100% atau di delete.
- Account FB yg melampaui batasan KUTUKAN dan KOMEN NEGATIVE kpd pihak kami juga akan di DELETE
5) SIAPA KAMI?
- Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.
- Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.
- Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.
- Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.
- Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.
- Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.
- Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.
- Kami budak baik.. hehehe..
6) DAKWA KAMI?
- Kami tidak berhak menerima mana-mana dakwaan yang diajukan kepada kami oleh mana-mana pihak kerana kami tidak sesekali melakukan sebarang jenayah cyber spt yg telah dijelaskan di atas.
- Kami menjalankan aktiviti MENCEGAH dan MENYELAMAT untuk anda secara percuma dan terbuka di perkhidmatan percuma yang disediakan oleh FACEBOOK dimana TERMS & PRIVACY telah pun di perjelaskan sendiri oleh Facebook.
- Tidak ada kerosakkan yang berlaku di Server Facebook dalam apa jua bentuk.
- Kami hanya mengambilalih SEMENTARA account Facebook dan ini tidak boleh disama ertikan dengan pencerobohan.
Info & Tips lanjut boleh didapati disini > https://www.facebook.com/pages/RileksCrew/160687837329003
Pesanan Singkat a.k.a p/s dari JackSparrow:
Korang doa-doakan la, semoga Malaysia dapat menghantar wakil utk masuk ke dalam
Pertandingan Hacker Cup – http://www.facebook.com/hackercup -
Pesanan Singkat a.k.a p/s dari Kambeng Merah:
Mark Zuckerberg bukan dari Malaysia dan dia ni umpama DAJAL..
Kaji semula tentang dajal dan cuba cari persamaannya.
Terima Kasih,
Yang Menaip
Kambeng Merah
P/s: Harap lepas ni korang dapat la faham sikit2 pasal geng2 Rileks Crew ye.
tak perlu kata apa-apa yang penting senyum..!!
by mia white rainbow
XOXO

No comments:
Post a Comment